PUTRAJAYA – Kes harian negara terus melaporkan angka menghampiri 2,000 dengan 1,889 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 365,829 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan kes tertinggi sebanyak 517 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 489 kes dan Kelantan sebanyak 226 kes.

“Selain itu, Sabah (142 kes), Kuala Lumpur (134 kes), Pulau Pinang (92 kes), Johor (84 kes), Perak (56 kes), Kedah (53 kes), Negeri Sembilan (51 kes), Terengganu (14 kes) dan Pahang (13 kes).

“Negeri lain iaitu Putrajaya (lapan kes), Melaka (enam kes), Perlis (tiga kes) dan Labuan (satu kes),” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat tujuh kluster baharu dikenal pasti menjadikan sebanyak 341 kluster aktif sehingga kini.

Tambah beliau, 10 kluster tamat hari ini menjadikan sebanyak 1,144 kluster ditamatkan. – K! ONLINE