PRK DUN Slim Perak dijangka kemenangan berpihak kepada BN dengan majoriti 12,000 undi atau lebih jika pengundi berdaftar dikawasan pilihan raya itu yang memberi undi mereka pada PAS pada pilihan raya lalu mengundi BN.

Berdasarkan undi diperolehi BN pada PRU14 sebanyak 8,327 manakala PAS memporolehi sebanyak 4,103 Undi, di jumlahkan kedua-kedua undi diperolehi parti yang berpakat dengan nama Maufakat Nasional 12,430 undi, dan sudah tentu jauh meninggalkan PKR dari Pakatan Harapan (PH) yang memperolehi undi sebanyak 6,144 pada PRU14.

PRK DUN Slim akan diadakan 29 Ogos, berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018, Mohd Khusairi yang mewakili BN mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan Bersatu yang bertanding atas tiket PKR diwakili Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal.