Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di jangka berlaku pada bula 11 2020 atau suku tahun pertama 2021.

Apa yang disurat secara jelas oleh pengundi terutamanya dari UMNO-BN rata-rata tidak mahu Bersatu menganggu kerusi yang diperuntukkan kepada UMNO-BN pada PRU lepas di ganggu oleh Bersatu.

Mereka ini rela kesemua kerusi Bersatu di tentang calon UMNO-BN atau calon dari PAS untuk melihat sejauh mana kekuatan bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin yang pernah menguris hati pro UMNO-BN pada PRU14.

Tidak dapat tidak Muhyiddin Yassin juga merupakan penyumbang kepada tumbangnya kerajaan Johor dan Persekutuan pada PRU lalu.

Disini tergambar secara jelas dendam yang sukar dibersihkan dan tidak hairan penyokong atau ahli UMNO hanya menyokong pembentukan Perikatan Nasional, namun tidak memberi ruang kepada Muhyiddin Yassin dan kesemua ahli Parlimen Bersatu bertapak di hati penyokong UMNO-BN.

Pemimpin UMNO disemua peringkat perlu sedar dan tidak perlu berpura-pura keadaan sebenar berlaku diperingkat bawah. Dengan itu penerangan teperinci perlu diberi sejelas-jelasnya agar harapan untuk kembali berkuasa bersama PAS tidak tinggal harapan.