UMNO bersedia hadapi Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU-15) pada bila-bila masa.

Berdasar kenyataan beberapa pemimpin Umno yang dilaporkan media atas talian beberapa hari ini, Umno lebih yakin berbanding Pakatan Harapan (PH).

PH dilihat lebih berpolitik daripada menumpukan hal yang lebih kedepan untuk mengukuhkan parti dan menarik lebih sokongan rakyat.

Caca marba calon perdana menteri antara Dr Mahathir Mohamad (Bersatu blok Mahathir) dan Anwar Ibrahim (PKR) tidak memberi kelebihan kepada PH.

Kenyataan harus diterima yang PH semakin lemah apabila mabuk kuasa menghantuai Dr Mahathir yang di sokong DAP.

DAP bijak mencari celah untuk memuat strategi yang sukar dibaca sekali gus kelihatan ada luka antara PKR dan DAP.

Umno bersama PAS dengan nama Maufakat Nasional (MN) lebih diyakini rakyat berbanding PH.

Isu tersempit juga panas iaitu Bersatu blok Muhyiddin Yassin, namun begitu ada sinar dihujung terowong jika khabar mahu 50 kerusi parlimen pada PRU-15 hanya khabar.

Berdasar tinjuan melalui perbualan diperingkat bawah, Umno dan PAS atas nama Maufakat Nasional sudah cukup untuk merubah kerajaan hari ini, Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15.

-Kuasa Demokrasi